Arnab seekor haiwan yang sombong, dia selalu mengejek
kura-kura. Oleh keranan kura-kura berjalan lambat. Satu hari Sang kura-kura
berasa amat marah lalu mencabar arnab untuk berlumba lari Arnab berasa geli
hati kerana kura-kura yang berjalan ambat itu mengajaknya berlumba lari.
Oleh kerana sifat sombong Sang arnab, dia menerima cabaran
sang kura-kura Pada waktu pertandingan arnab berlari sangat laju sementara
kura-kura mencuba sedaya upaya untuk berlari secepat mungkin
Di satu persimpangan jalan arnab terjumpa kebun lobak. Lalu
melihat kebelakang. kura-kura tidak kelihatan lalu mengambil langkah untuk
berehat dan memakan lobak tersebut, oleh kerana terlalu kenyang arnab pun
tertidur.
Selang beberapa minit kura-kura pun melihat arnab sedang
tidur lalu memperlahankan langkah melintasi sang arnab. Bangunlah sang arnab
sekian lama tidur..tiba-tiba arnab terkejut dilihat sang kura-kura sedang
menang. Arnab berasa sangat malu lalu memohon maaf kepada kura-kura.
Sejak peristiwa itu mereka berkawan baik
Moral :
1) Kita janganlah berasa sombong dan bongkak atas kelebihan
yang kita ada. Jadilah manusia yang sering merendah diri.
2) Jangan sesekali menghina insan lain yang serba kekurangan
kerana kelak dia mungkin akan menjadi lebih baik dari kamu kerana usaha
kerasnya.
3) Jika ingin melakukan sesuatu, lakukanlah dengan tekun dan
jangan leka jika sudah berjaya dipertengahan jalan kerana belum pasti kamu akan
berjaya sehingga ke saat akhir.
4) Walaupun anda mungkin seorang yang tidak dikurniakan
kehebatan dan bakat, anda boleh menjadi seseorang yang berjaya jika anda terus
berusaha tanpa kenal penat dan jemu.
No comments:
Post a Comment