Memang aku ini anak orang miskin
tiada apa-apa yg dapatku berikan
engkau memang cantik memang tidak padan
dan tidak sepadan
Aku anak kampung tiada pelajaran
kuli kuli sahaja memang tidak padan
cantik bha kau itu banyak yg tergoda
lagi orang kaya
Chorus
tiada keretaku bawa ko jalan-jalan
rumahku pun teda ada pun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup ko kan sengsara
kerana aku cinta
aku lepaskan ko sama
orang lain
Engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah ko cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti ko menyesal tiadalah guna
..................................................................................................................................................
Anak Kampung Versi Jawapan Dari Perempuan
Memang aku ini anak orang kaya
tapi kaya ku pun semua duit si bapak
harapkan duit ku memang tidak ada
sama saja kita
Blajar tinggi-tinggi, naik kapal terbang
tiada apa bezanya, aku pun orang sabah
balik kampung nanti, makan nasi jugak
maginuman segala..=)
Tiada kereta mu ndak apa-apa bah
bapak ku ada jet, terbang sini-sana
siap boleh landing-landing atas sana
Gunung Kinabalu
Jangan kau trip baik, malu-malu kunun
ku mau hatimu bukan harta semata
asalkan hati baik perangai pun cantik
kira OK suda...=)
Memang aku ini cantik lagi menawan
kalau kau ndak mau melepas la kau kawan
bagus kau bersiap, datang kau ke rumah
terus masuk meminang...
..................................................................................................................................................
Anak Kampung - Versi Orang Kaya
Tahu pun kau sedar, anak orang miskin
tiada apa-apa, yang dapat kau berikan
dia memang cantik, engkau tidak padan
lagi tidak sepadan...
Engkau pun dah tahu, tiada pelajaran
kuli-kuli sahaja, engkau tidak padan
memang dia cantik, banyak yang tergoda
laki macam saya...
Ada kereta ku, bawa dia jalan-jalan
rumah aku ada, tapi itu bank punya
apa lagi belanja, mahu bayar berian
itu pun loan jugak...
Memang engkau suka, cinta sama dia
tapi kau tak mampu, takut dia merana
kerana itu aku, berikan segala
Untuk dapatkan nya...
Dia masih muda, cantik lagi menawan
itu yang ku mahu, yang aku idamkan
engkau dah melepas, engkau yang menyesal
melepaskannya...
No comments:
Post a Comment