April 30, 2012

Cerita Tentang Kita

Setiap yang kita lalui..Kita rasa..pahit tawa tangis gembira..
bila ia berlalu..mesti amat menyedihkan..
Lumrah manusia bermula dengan kegembiraan dan berakhir dengan kesunyian..
Ingatan yang kuat mampu menceriakan saat-saat kite kesunyian..
Hargailah sesuatu yang kita lalui..kerna kelak ia pasti berakhir..
Ingatan mampu kite Ceritakan...Cerita Tentang Kita...

Hargailah pengalaman anda..kerna ia sebuah anugerah yang hanya mampu diceritakan..
Hayati liriknya...Kenangkan pengalaman anda..beranilah ceritakan ...



                                                                                          Waktu terasa semakin berlalu 
                                                                                              Tinggalkan cerita tentang kita 
                                                                                                  Akan tiada lagi kini tawamu 
                                                                                                      Tuk hapuskan semua sepi di hati 

                                                                          Ada cerita tentang aku dan dia 
                                                                              Dan kita bersama saat dulu kala 
                                                                                  Ada cerita tentang masa yang indah 
                                                                                     Saat kita berduka saat kita tertawa

                                                         Teringat di saat kita tertawa bersama 
                                                             Ceritakan semua tentang kita 


                                        Ada cerita tentang aku dan dia 
                                           Dan kita bersama saat dulu kala 
                                              Ada cerita tentang masa yang indah 
                                                 Saat kita berduka saat kita tertawa


                                                  ----Ceritakan Tentang Kita----

Singa dengan Arnab

Pada suatu pagi, singa terjaga daripada tidur. Ia berasa sangat lapar. Dari semalam ia tidak makan apa-apa."Hari ini aku mesti mendapatkan makanan, jika tidak aku akan mati kelaparan," fikir singa.Singa pun keluar mencari makanan. Ia ingin memburu haiwan. Setelah penat meredah hutan dan belukar, tiada seekor haiwan pun ditemuinya. 

Singa menuju pula ke arah sebatang sungai. Ia berhenti seketika di sungai itu untuk minum air.Selepas itu, singa duduk di tepi sungai untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba ia ternampak seekor arnab keluar dari lubangnya. Singa menghampiri arnab itu. Kedatangannya tidak disedari oleh arnab. Singa terus menangkap arnab."Tolong! Tolong! Jangan bunuh saya! jerit arnab."Kamu akan menjadi hidangan saya hari ini," kata singa sambil tertawa.


Pada ketika itu, seekor rusa sedang melalui kawasan itu. Arnab dan singa ternampak rusa itu. Arnab mendapat satu akal untuk melepaskan diri."Wahai tuan, adakah tuan akan kenyang jika tuan makan saya kerana badan saya terlalu kecil. Cuba tuan tengok rusa itu. Badannya lebih besar. Jika tuan tangkap rusa itu, tentu tuan dapat makan sepuas-puasnya. Lagi pun rusa itu agak gemuk dan dagingnya sedap berbanding daging saya," kata arnab.Singa terdiam mendengar kata-kata arnab."Tentulah daging rusa lebih sedap daripada daging arnab." fikir singa.Singa pun melepaskan arnab. Ia terus mengejar rusa. 


Apabila ternampak singa, rusa terus melarikan diri. Ia lari dan bersembunyi di dalam hutan. Singa terus mengejar rusa itu dengan pantas. Lama-kelamaan singa berasa sangat letih. Perutnya juga sakit kerana terlalu lapar. Ia berasa kecewa kerana tidak dapat menangkap rusa itu. Ia juga menyesal kerana melepaskan arnab. Disebabkan sikapnya yang tamak, singa tidak berjaya memperoleh sebarang makanan.


Moral: Orang tamak selalu rugi

April 28, 2012

Arnab dan Kura-Kura


[Image: arnab-dan-kura-kura.jpg]

Arnab seekor haiwan yang sombong, dia selalu mengejek kura-kura. Oleh keranan kura-kura berjalan lambat. Satu hari Sang kura-kura berasa amat marah lalu mencabar arnab untuk berlumba lari Arnab berasa geli hati kerana kura-kura yang berjalan ambat itu mengajaknya berlumba lari.

Oleh kerana sifat sombong Sang arnab, dia menerima cabaran sang kura-kura Pada waktu pertandingan arnab berlari sangat laju sementara kura-kura mencuba sedaya upaya untuk berlari secepat mungkin
Di satu persimpangan jalan arnab terjumpa kebun lobak. Lalu melihat kebelakang. kura-kura tidak kelihatan lalu mengambil langkah untuk berehat dan memakan lobak tersebut, oleh kerana terlalu kenyang arnab pun tertidur.

Selang beberapa minit kura-kura pun melihat arnab sedang tidur lalu memperlahankan langkah melintasi sang arnab. Bangunlah sang arnab sekian lama tidur..tiba-tiba arnab terkejut dilihat sang kura-kura sedang menang. Arnab berasa sangat malu lalu memohon maaf kepada kura-kura. Sejak peristiwa itu mereka berkawan baik


Moral :
1) Kita janganlah berasa sombong dan bongkak atas kelebihan yang kita ada. Jadilah manusia yang sering merendah diri.
2) Jangan sesekali menghina insan lain yang serba kekurangan kerana kelak dia mungkin akan menjadi lebih baik dari kamu kerana usaha kerasnya.
3) Jika ingin melakukan sesuatu, lakukanlah dengan tekun dan jangan leka jika sudah berjaya dipertengahan jalan kerana belum pasti kamu akan berjaya sehingga ke saat akhir.
4) Walaupun anda mungkin seorang yang tidak dikurniakan kehebatan dan bakat, anda boleh menjadi seseorang yang berjaya jika anda terus berusaha tanpa kenal penat dan jemu.


April 27, 2012

Kura-kura yang ingin terbang

Pada suatu masa dahulu terdapat seekor kura-kura yang ingin terbang seperti burung."Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burung-burung itu," kata kura-kura.Kura-kura cemburu setiap kali melihat burung-burung terbang bebas di udara. Ia selalu termenung memikirkan akan keinginannya itu. Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak sedang berehat di atas sebatang dahan pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. 


Ia meminta gagak mengajarnya terbang."Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap," kata gagak.Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa. Tiba-tiba ia ternampak seekor helang menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang mencari makanan."Dari tadi saya perhatikan kamu termenung. 


Apakah masalah kamu wahai kura-kura?" tanya helang."Sebenarnya saya ingin terbang di udara seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada yang ingin menolong saya," kata kura-kura."Baiklah kura-kura, saya akan ajar kamu terbang, kata helang."Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang?" tanya kura-kura dengan gembira.Helang memegang cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya terbang di udara. 


Helang membawa kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh gembira kerana ia dapat terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat merasa angin yang sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik. Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura melayang-layang jatuh ke tanah dan terhempas di atas batu. Badan kura-kura hancur berkecai. Helang terus makan kura-kura itu dengan gembira.


Moral - Bersyukur dengan kelebihan sendiri. 

April 26, 2012

Monyet dan Ikan lumba-lumba

   Pada zaman dahulu, terdapat seorang pelayar yang baik hati. Dia suka mengembara ke serata tempat. Dia juga sering membawa bersama seekor monyet kesayangannya.Pada suatu hari, pelayar itu pergi belayar bersama keluarganya. Dia juga membawa monyet kesayangannya. Semasa dalam pelayaran, tiba-tiba angin bertiup kencang dan laut bergelora. Ribut yang kuat menyebabkan kapal itu karam. 


   Semua penumpang di dalam kapal itu meninggal dunia akibat lemas. Hanya seekor monyet yang terselamat. Ia berpaut pada sebatang kayu.Ketika monyet terumbang-ambing dipukul ombak yang besar, tiba-tiba seekor ikan lumba-lumba menghampirinya."Wahai monyet, saya kasihan melihat kamu. Naiklah ke atas belakang saya, saya akan membawa kamu ke tempat yang selamat," kata ikan lumba-lumba."Terima kasih kerana selamatkan saya," kata monyet.Monyet terus naik ke atas belakang ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba membawa monyet menuju ke darat. 


   Sebelum sampai ke darat, mereka melalui sebuah pulau. Ketika melalui pulau tersebut, monyet terfikir untuk mempermainkan ikan lumba-lumba."Kamu tahukah, di pulau inilah seorang rakan saya menjadi raja. Ia memerintah rakyat di pulau ini dengan adil. Rakyat hidup dengan aman dan gembira. Di pulau ini juga terdapat makanan yang banyak," kata monyet.Ikan lumba-lumba hanya terdiam mendengar kata-kata monyet. Ia tahu monyet cuba mempermainkan dirinya. Ikan lumba-lumba tahu pulau itu tidak terdapat manusia atau pun haiwan. Ikan lumba-lumba ingin mengenakan monyet pula. 


   Ia membawa monyet ke pulau itu."Saya rasa, eloklah kamu tinggal di sini. Kamu tentu boleh hidup senang-lenang di pulau ini," kata ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba meninggalkan monyet di situ dan terus pergi dari situ.Tinggallah monyet keseorangan di pulau itu. Monyet menangis kerana menyesali kesilapannya. Ia sepatutnya tidak bercakap yang bukan-bukan kepada ikan lumba-lumba yang telah menolongnya.


Moral : Jangan menipu orang yang telah menolong kita

April 25, 2012

Cerita si pohon epal dan budak


"Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu... 

Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu." Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon apel itu berkata, "

Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan."
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagiselepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu."Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu."

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannyamerasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagiselepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yangpernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yangsuka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."

Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untukdijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengangembira," kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batangpohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengangembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namunbegitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakindimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalahanak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apelitu."

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahkuuntuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangkuuntuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akaryang hampir mati..." kata pohon apel itu dengan nadapilu."
Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigiuntuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana akusudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batangpohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, akumerasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tuaitu."

Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohonapel itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangiskegembiraan.
Tersebut. 

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bilakita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuanmereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolongkita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dangembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikapkejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, ituhakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kinimelayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapakepada kita. Jangan hanya kita menghargai merekasemasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun."

April 24, 2012

Cerita : Kejujuran Seorang Pemburu


Chapter 1


   Di sebuah kampung tinggal seorang pemburu yang miskin bersama isterinya. Harta yang dimiliki pemburu tersebut hanyalah sebilah kapak kayu yang buruk. Suatu hari, pemburu tersebut berjalan-jalan di tepi sungai dengan membawa kapak usangnya. Tiba-tiba, kapak tersebut terlepas daripada genggamannya dan kecebur, jatuh ke dalam sungai. Pemburu tua tersebut menangis meratap kehilangan kapak sumber rezkinya.


   Tiba-tiba, muncul seorang bidadari dari dalam sungai tersebut dan menanyakan perihal pakcik tersebut. Setelah mendengar apa yang berlaku, bidadari tersebut menyelam ke dalam air dan tidak lama kemudian muncul semula dengan sebilah kapak yang diperbuat daripada emas. “Inikah kapak pakcik?” Bidadari bertanya. “Bukan!” jawab pakcik tersebut tanpa berlengah. Bidadari menyelam semula dan muncul pula dengan kapak yang diperbuat daripada perak. “Ini?” tanyanya semula. “Pun bukan!” pemburu menjawab. Kali ketiga, bidadari muncul dengan kapak buruk dan using. “Jadi ini kapak kamu?” “Ya!”ujar pemburu gembira. Bidadari tersenyum. 


Disebabkan kamu jujur, saya hadiahkan kamu ketiga-tiga kapak ini,”kata bidadari. Pemburu pun pulang dengan gembira.

   Tidak lama selepas peristiwa itu, pemburu berjalan lagi di tepi sungai. Kali ini dia ditemani oleh isterinya yang sudah tua dan nyanyuk. Tiba-tiba, isteri pemburu tergelincir dan jatuh ke dalam sungai! Sekali lagi pemburu menangis dan meratap kehilangan isteri sehidup sematinya, sampailah bidadari tempohari muncul semula. Setelah menceritakan apa yang berlaku, bidadari menyelam dan muncul tidak lama kemudian dengan memimpin seorang wanita secantik Fasha Sanda. Belum sempat bertanya, pemburu telah menjerit, “Ya, inilah isteri saya!!” Wajah bidadari mencuka. “O, pasal kapak boleh jujur, pasal perempuan menipu pula!”


moral : “Beginilah orang Islam, harta boleh dikorbankan dan jujur untuk agama tanpa berfikir panjang, tetapi bab wanita dan cinta, macam-macam helah dan alasan,”






Chapter 2




“tapi jangan sangka buruk dengan pakcik tua ni, dengar dulu sampai habis.”

Apa jawapan pakcik tua ni kepada bidadari? Katanya, 


   “Jangan kau marah wahai bidadari yang mulia. Biar aku menjelaskan. Kan ke bertanya tu kunci husnuzzon? Begini, aku takut kalau aku katakan tidak pada wanita yang secantik Fasha Sanda ini, kau akan muncul dengan wanita secantik Erra Fazira pula. Kemudian sekali lagi aku akan berkata tidak dan kau akan menyelam semula dengan menyelamatkan isteriku yang sebenar. Ketika itu baru aku akan berkata ya, ini isteriku, akan tetapi aku takut engkau akan menghadiahkan kepadaku Fasha Sanda dan Erra sekali untuk dibawa pulang atas sebab kejujuranku. Sesungguhnya aku telah tua dan tidak mampu lagi menjaga mereka. Jadi, aku katakana ya awal tadi supaya kau marah dan hanya memulangkan kepadaku isteri tua nyanyukku, kekasih awal dan akhirku,” pemburu menjelaskan dengan panjang lebar dan sebak.“Begitulah kisah pemburu tua, jadi apa pengajaran kedua yang kita dapat? 


moral :
Jangan cepat menuduh, jangan berprasangka!





April 23, 2012

Paksaan itulah kejayaan


Pada zaman dahulu ada seorang raja. Di negara jajahan takluk raja tersebut terdapat sebatang sungai yang dipenuhi buaya. Suatu hari, raja mengadakan pertandingan. Siapa yang dapat berenang merentas sungai tersebut akan mendapat salah satu daripada hadiah berikut – Pertama, mendapat wang sebanyak 1 juta ringgit. Yang kedua, dapat berkahwin dengan puteri bongsu baginda, atau yang ketiga, dapat memerintah keseluruhan negara tersebut.

Seluruh rakyat pun berkumpul, tetapi tidak ada seorang pun yang berani berenang di dalam sungai tersebut, lebih-lebih lagi setelah raja tersebut melakukan ‘demo’ dengan meletakkan seekor ayam ke dalam sungai tersebut, dan tidak sampai beberapa saat, hanya bulu-bulu yang berterbangan, sedangkan ayam habis dibaham buaya-buaya yang ganas. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba dengan tidak semena-mena air berkocak kuat dan seorang lelaki dilihat berenang dengan laju ke seberang sana sungai sambil buaya-buaya mengejar beliau tanpa berhasil. 

Sampai ke tebing, raja menemui lelaki tersebut yang sedang tercungap-cungap. “Tahniah, tahniah,” kata raja. “Beta kagum dengan keberanian kamu. Apa hadiah yang kau mahukan dari beta? Hadiah wang 1 juta?” “Ti..ti..tidak”, lelaki tersebut menjawab dalam keadaan masih tercungap-cungap. “ Jadi kau mahu puteri beta?” “Tidak..Ti..Tidak,” jawab lelaki itu lagi. Raja mula kehairanan. “Jadi kau mahu memerintah Negara beta la ni?” “Tidak!” Lelaki tersebut menjawab dengan lebih tegas. Beta dan menteri-menteri berpandangan sesama sendiri sambil menggelengkan kepala. “Jadi apa yang kau mahukan?” raja bertanya sedikit marah. “Aku cuma mahu tahu, siapa yang menolak aku ke dalam sungai!” lelaki tersebut menjawab!


moral :kadang-kadang perlu ditolak baru hendak mengejar kejayaan.”



Sumber : http://mujahidahazzahra.blogspot.com/2008/11/cerita-dulu2-byk-pengajaran.html?m=1

April 21, 2012

Otak Awet Muda

Tahukah Anda, daging ayam dan telur dapat meningkatkan daya ingat? Para ilmuawan menemukan nutrisi yang bisa memperlambat penuaan otak. Telur kaya akan choline, yang merupakan nutrisi dalam golongan vitamin B. Diet dengan makanan yang kaya kolin dapat membantu melindungi otak Anda dari penuaan. Nutrisi dari golongan vitamin B ditemukan dalam makanan seperti ayam, telur, ikan laut serta kacang-kacangan. Para peneliti di Boston University menemukan orang yang makan dengan kandungan kolin yang tinggi memiliki daya ingat yang lebih baik. Menurut peneliti senior Dr Rhoda Au, salah satu faktor pencegah penurunan fungsi otak yaitu dengan makan makanan sehat dan gizi seimbang. Penelitian sebelumnya telah menemukan diet gaya Mediterania yang mencakup ikan, sayuran dan minyak zaitun memiliki efek perlindungan terhadap demensia (penurunan fungsi otak).





Studi terbaru ini, Dr Au mempelajari melalui hasil dari survei kesehatan. Ia memberikan kuisioner diet kepada 1.400 orang dewasa berusia 36-83 antara 1991 dan 1995. Kemudian, antara tahun 1998 dan 2001, mereka menjalani tes memori dan menjalani scan otak. Hasilnya, pria dan wanita di kuartal teratas untuk asupan kolin memiliki hasil tes yang lebih baik dibandingkan kuartal bawah. Hasil ini juga mempertimbangkan faktor lain seperti pendidikan, lemak dan asupan kalori. Berdasarkan scan otak, orang dengan asupan kolin rendah lebih cenderung menuju penurunan mental daripada rekan-rekan mereka dengan intake yang lebih tinggi. Para ahli umumnya merekomendasikan laki-laki sebiknya mendapatkan 550mg kolin per hari, sementara wanita harus mendapatkan 425mg.




Sumber : http://arissugianto.blogspot.com/2011/11/makanan-agar-otak-awet-muda.html

April 19, 2012

Balasan Allah Kepada Raja Zalim dan Raja Adil




Sebuah hadist qudsi barangkali baik untuk perenungan kita tentang kebahagiaan dan kesengsaraan. Dulu ada seorang raja yang sepanjang hidupnya hanya berbuat maksiat dan zalim. Kemudian dia jatuh sakit. Para tabib meminta raja agar mengucapkan selamat berpisah saja sebab dia tidak bisa diosembuhkan kecuali dengan sejenis ikan. Saat itu bukan musimnya ikan tersebut muncul. ALLAH mendengar itu, memerintahkan para malaikat untuk menggiring ikan-ikan agar muncul di permukaan. Raja akhirnya dapat memakan ikan itu. Dia sembuh.

Pada saat lain di negeri lain, ada seorang raja yang adil, saleh, jatuh sakit. Para tabib menyatakan hal yang sama, bahwa obatnya adalah ikan yang ada di perairan tertentu. Tapi, jangan kawatir, ujar tabib, saat ini adalah saat ikan itu bermunculan di permukaan. Jadi, dengan mudah akan didapatkan obat bagi sakitnya sang raja. Saat itu ALLAH memerintahkan para malaikat untuk menggiring ikan-ikan itu di tempat tersembunyi. Tentu saja, raja yang shaleh dan adil itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Konon di alam malaikat, para malaikat kebingungan. Mengapa doa raja yang shaleh tidak dipenuhi sementara dooa raja yang zalim dipenuhi? Kemudian ALLAH berfirman, "Walaupun raja itu zalim, dia pernah berbuat baik. Demi kasih sayang-KU, aku berikan balasan pahala amal baiknya. Sebelum meninggal dunia, masih ada amal baiknya yang belum aku balas. Maka aku segerakan membalasnya, supaya dia datang kepada-KU hanya dengan membawa dosa-dosanya. Demikian juga dengan raja yang shaleh. Walaupun dia banyak berbuat baik, dia pernah berbuat buruk. Aku balas semua keburukannya dengan musibah. Menjelang kematiannya, masih ada dosanya yang belum KUbalas. Maka, AKU tolak doanya untuk mendapatkan kesembuhan, supaya dia datang kepada-KU, dia hanya membawa amal salehnya".(La Tahzan for Teens, 2008)

NB: beruntunglah orang-orang yg mendapat musibah, jika bersabar maka dosa-dosanya akan digugurkan. Dan apabila seandaiknya do'a anda (orang baik) tidak dikabulkan, bukan berarti Allah tidak menerima do'a mu, namun ada balasan yang jauh lebih yang disipakan oleh Allah Swt...

April 17, 2012

Double speed your internet (LAN only)

How to do that??

1) Prove your standard internet speed
    a) go this link http://www.speedtest.net/ and click button "Begin Test"
    b) Capture or Remember "Ping,Download Speed and Upload Speed"

2) Need 2 cable UTP ( Your internet cable ) and just do like below
a):
b):
c):
d):

3) After all done just connect trough internet and prove back in http://www.speedtest.net/
    see the difference.


Others Information to Prove :

In engineering this concept using Gauss' Law. Go study for it ^^

In biomedical this concept like "Myelin Sheath" Fuction in our Neuron for speeds up neural transmissions :




Jom dengar cerita Hikmah

Hakim dan Fuad berkawan rapat..Hakim pelajar politeknik s.lam..
Fuad pulak pelajar cemerlang lalu dpt melanjutkan pelajaran di University..
mereka berjalan bersama sambil bersembang :


Fuad :  Hakim, kenape engkau msk poli??..sedangkan engkau
          tidak kurang hebatnye di dalam pembelajaran..
          Banyak lagi University yg hebat2 ingin menerima engkau..

Hakim : Dah rezeki ku disana Fuad..

Fuad :  Apa yg ade pada poli itu?..aku dengar tempatnye x canteklah
          tandasnye rosak,pensyarahnya pun x bestlah..

setelah mendengar kata2 itu..Hakim pun berkata

Hakim : Wahai Fuad..jika Allah tidak mentakdirkan aku belajar
           di poli ini, maka aku tidak mengenal rakan2 ku ini..walaupun
           ia seburuk yg engkau katakan, tetapi rakan ku indah seperti yg
           engkau tidak dpt jangkakan..

( setiap yg berlaku mesti ade hikmahnye cume kita yg tidak mencari hikmah itu )
-Sayang korang semua-  (^_^)

April 16, 2012

Puisi : Jika Aku Seorang Pelukis

                                                             Jika aku seorang pelukis..
                                                               Ingin aku lukis wajahmu
                                                                 Dan menatapnya setiap hari..

                                                      Jika aku seorang pelukis..
                                                        Akan ku lukis senyumanmu
                                                          Kerna itu penawar untuk ku ketika sakit..

                                              Jika aku seorang pelukis..
                                                Tidak ku lukis air matamu
                                                  Kerna ia bagai sakit yang datang..

                                     Jika aku seorang pelukis..
                                      Akan ku lukis keluargamu
                                        Kerna mereka ubat untuk mu
                                         dan teman yang paling setia dengan mu..

                             Jika aku seorang pelukis..
                              Tidak ku lukis kenderaan mu
                                Kerna ia membuatku risau selalu..

                   Jika aku seorang pelukis..
                    selalu akan aku risau
                      Kerna mampukah kamu hidup dengan ku
                        dan terima ku seadanya..

         Kerna aku seorang pelukis
           Yang sentiasa mencintaimu..