September 27, 2012

1 + 1

Di sekolah , Amin terkenal sebagai seorang murid yg bodoh. satu hari , guru kelasnya ingin menguji Amin .

Guru: 1+1 brape Amin ?

Amin: Err er, saya lupalah cikgu. Tapi, semalam saya dah hafal .

Guru: Balik ni cari jwpn, besok saya nak dengar.



Selepas pulang dari sekolah , orang pertama yg dijumpainya adalah adiknya . Lalu, Amin pun bertanya..

Amin: Adik, 1+1 bape?

Adik: Apela, itu pun tak tahu, bodoh betul !

Amin: (sambil mengeraskan suarnya)1+1 bape ?

Adik: Manelar aku taw BODOHH!!



Amin kemudiannya bertanya kepada abgnya . Oleh kerana abgnya sedang menonton bola sepak , dia tak mendengar pertanyaan Amin .

Amin: Abg ,1+1 bape ?

Abg: Ronaldo ,Ronaldo !!

Amin bertanya pula pada kakaknya . Malang sungguh , kakaknya juga tak mendengar pertanyaan Amin kerana sibuk main game .

Amin: Kakak,1+1 bape ?

Kakak: Lets go . Camon bebeh !



Amin cuba bertanya pada ayahnya .

Amin: Ayah , 1+1 bape ?

Ayah: Sebat bontot .



Rupa2nya , ayahnya sedang bermimpi . Akhirnya , Amin bertanya pada neneknya yang baru habis berdoa .

Amin: Nenek 1+1 bape ?

Nenek: Alhamdulillah .


keesokan harinya di sekolah . Guru Amin menagih janjinya .

Guru: Kamu dah dapat jawapannya Amin ?

Amin: (no responds)

Guru: 1+1 bape jawapannya ?

Amin: Apela , itu pun tak tahu , bodoh betul !

Guru: (sambil mengeraskan suaranya) 1+1 bape ?

Amin: Manela aku taw BODOHH !!

Guru: (terkejut n marah) Sape ajar kamu ni ?

Amin: Ronaldo ,Ronaldo !!

Guru: Kamu cakap bebaik sket , nanti saya hantar kat guru besar baru taw !!

Amin: Lets go . Camon bebeh !!


Guru Amin pun membawanya berjumpa guru besar . Guru besar mula menyoal Amin .

Guru besar: Apa kamu buat kat cikgu kamu nih ?

Amin: Sebat bontot .

Guru besar: Kamu digantung sekolah selama seminggu .

Amin: Alhamdulillah ..

September 25, 2012

Kisah Hantu A dan Hantu B


 

Tersebutlah kisah dua orang hantu.
Mereka ni baru bertemu                    
lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni
tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!"
Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation?
Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang."
Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery.
Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day,
aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi
actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je.
Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku.
Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran,
mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku.
ku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling
umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..
Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun
jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..."
kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika,
Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ,
sure kita berdua still hidup lagi.






September 24, 2012

Lawak..Hahaha






Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Citer 5
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”

Citer 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
.
Citer 7
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya

September 23, 2012

ATAN DAN CIKGUNYA..


Cikgu : Atan...cikgu nak tanya kamu satu soalan matematik....Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan : Tujuh ..cikgu..

Cikgu : ??...Atan dengar baik2 soalan cikgu dan jawab dengan betul...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan : Tujuh.....

Cikgu : Ok..kalau soalan macamni plak...Kalau cikgu bagi kamu 2 biji epal dan 2 lagi biji epal dan lagi 2 biji epal...Berapakah epal yang ada pada kamu?

Atan: Enam..cikgu..

Cikgu : Erm..bagus...cube atan dengar dan jawab balik soalan cikgu memule tadi...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?

Atan : Tujuh la...

Cikgu : Kenapa plak tujuh...Atan awak ni paham ke tidak soalan cikgu...knpe tujuh...why?..why? [cikgu nye naik tensen]

Atan : Sebab kat umah saye dah de seekor arnab..

Cikgu:????...

September 3, 2012


Hari tu kita gaduh.
Saya main-main.
Awk ingat betul-betul
Tak tau nak buat mcmana lg
Lantak awak lah
Semlm kita berselisih..

Saya buat dunno
Awak pandang saya
Saya buat dunno jugak
Degilnyer saya..

Saya nampak awak
Saya nak panggil
Tapi awak tak toleh

Sebab saya panggil awak
dalam hati
Bodohnya saya..

Awak tegur saya
Saya buat dunno
Tapi awak tak tahu happynya
saya

Saya dengar awak cerita
Awak kata dah jatuh cinta
Sedihnyer saya

Awak keluar tengok wayang
Saya pun
Awak keluar dengan dia
Saya tengok aje

Awak call saya
Mengacau betul.
Tengah tido lah
Saya layankan aje

Awak cakap awak dah putus
Saya senyum sampai ke
telinga
Tapi awak tak nampak
Saya cakap..

Kesiannya awak..

Hipokritnya saya

Hari ni hari jadi saya
Tapi awak luper
Saya sedih.
Tapi takpe. awak bukannya
sesiapa

Awak mintak maaf
Saya senyum aje
Saya kata tak kisah
Awak belanja tengok National
Treasure
Isk.. tak romantik nyer
Tapi best per

Saya dapat bunga
Cantik suker sgt
Tapi tak tahu sape
pengirimnya
Awak nampak

Awak terus balik
Saya panggil awak
Tapi awak tak toleh
Saya Cuma nak bagitahu

Awak.!!!!!LORI!!!!!!!!!

Saya kejar awak
Awak terus jalan
Saya tolak awak.
Awak jatuh.

Saya nampak lori
Betul-betul depan saya
Kalau ia sempat
Saya nak bagitahu.

Awak..SAYA SAYANG AWAK