May 6, 2015

SEMUA REZEKI DATANGNYA DARI ALLAH SWT

Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.
Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.


Mahfum Firman Allah (Ali Imran:26):
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada rezeki sebenar yang kita peroleh atau yang hilang daripada kita semua­nya dikembalikan kepada Allah SWT.
Adapun yang dirujuk kepada saya dalam soalan ini, seolah-olah memberi makna bahawa ada manusia yang berikhtiar menutup rezeki orang lain dan mem­buka rezeki seseorang.
Dengan erti kata lain, ada manusia boleh mengkayakan atau memiskinkan manusia dengan kebolehannya, maka tentulah logiknya dia juga boleh membuka rezeki dirinya (untuk memperkayakan diri sendiri), bahawa dengan kekayaan itu dia boleh, membantu orang yang susah dan bukan menyusahkan orang yang sudah senang.
Secara logiknya, membuka rezeki lebih mudah daripada menutupnya. Contohnya, membuat sebuah bangunan lebih susah daripada membukanya. Memasang satu pintu mengambil masa yang lama dan sukar, sebaliknya memecahkan pintu adalah mudah dan sekejap sahaja.
Pada saya mungkin, restoran yang pertama, dibuka awal, tiada saingan, maka dengan sendirinya ramai pelanggan. Manakala restoran lain dibuka, dengan cara yang berbeza, layanan dan makanannya mungkin lebih berkualiti, muka ramai yang tertarik dan mengubah selera.
Sememangnya ada orang me­ngadu kepada saya bahawa pre­mis perniagaannya tidak dapat dilihat oleh pelanggan, seolah-­olah telah ditutup. Terpaksa berpindah ke tempat lain. Sedangkan restoran itu sebenarnya masih dibuka.
Mungkin juga pelanggan tidak perasan wujudnya restoran tersebut. Mungkin juga pelanggan hilang konsentrasi. Sebagai con­toh ada ketika kita pernah kehilangan seuatu benda (cermin mata misalnya), lalu kita mencarinya di merata-rata tempat, setelah puas mencari tidak berjumpa.
Maka isteri, bertanya, “Apakah yang kita cari, kita menjawab mencari cermin mata. Lalu dia memberitahu, “Itu cermin mata ada di atas meja”.
Mengapa selepas kita puas mencari tidak bertemu? Apakah kita disihirkan orang sehingga benda yang begitu mudah tidak dijumpai? Mungkin benar ada orang mengusahakan seperti meletakkan sesuatu yang diper­cayai boleh menyekat rezeki, tetapi yakini lah bahawa semua itu adalah usaha jahat manusia, walhal punca rezeki sebenar-benarnya di tangan Allah.
Bagaimanapun kita mesti berusaha menghindarkan per­buatan jahat manusia, seperti dengki khianat sebagaimana yang disebut dalam Surah an-Naas. Oleh itu, mohonlah kepada Allah, mohon perlindungan kepada-Nya. Carilah sebab-sebabnya mengapa Allah takdirkan kea­daan sedemikian berlaku.
sumber asal : http://www.islamituindah.my/semua-rezeki-datangnya-dari-allah-swt

April 22, 2015

Kisah Cicit Iblis Laknatullah Yang Bertaubat

Kita sering dengar kisah orang yang bertaubat, ada yang berasal dari raja yang zalim kemudian bertaubat. Ada juga yang berasal dari ketua perompak kemudian bertaubat dan akhirnya berkat amalannya diangkat menjadi waliullah.



Tapi kisah ini agak unik sedikit kerana ini adalah kisah cicit kepada Iblis laknatullah yang bertaubat.

Kisah yang saya petik dari kitab karangan Imam As-Sayuti ini saya kira baik untuk dijadikan renungan bersama, inilah kisahnya:

Al-Uqaili (Salah seorang penghafal hadith, penulis kitab adh-Dhu a’fa).

Dalam sebuah kitab karangannya, Al-uqaili meriwayatkan Abu Nu’aim dan Al-Baihaqi dari Umar:

Dia berkata: "Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w di suatu tempat di gunung Thimamah, tiba-tiba muncul seorang lelaki tua sambil memegang tongkat. Dia kemudian mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w.".

“Siapa engkau tanya nabi".

‘Aku Hammah bin Hayim bin Luqais bin Iblis", jawabnya.

“Engkau dan iblis berjarak dua bapa, berapa lama waktu yang engkau lalui antara dua jarak itu?

“Usia dunia ini sudah punah kecuali tinggal sedikit saja lagi, pada malam ketika Qabil membunuh Habil, aku masih kanak-kanak namun aku sudah boleh disuruh merosakkan makanan dan memutuskan hubungan perkauman”.

Nabi Bersabda, "Alangkah buruknya perbuatan orang tua yang dikutuk dan anak muda yang diajarnya”.

“Janganlah sebutkan lagi hal itu kerana aku sudah bertaubat kepada Allah. Aku pernah bersama Nuh di masjidnya dan beberapa orang yang beriman dari kaumnya. Aku terus-menerus mencela caranya menyampaikan dakwah kepada kaumnya sehingga dia menangis dan aku juga turut menangis.

"Aku termasuk orang yang menyesal atas perbuatan itu dan aku berlindung kepada Allah agar tidak termasuk orang -orang yang jahil.

"Aku katakan pada Nuh, Wahai Nuh aku termasuk orang yang bersubahat dengan pembunuhan yang dilakukan Qabil yang menumpahkan darah orang yang berbahagia dan mati syahid dari anak Adam. Adakah menurutmu, taubatku masih di terima?"

Nuh menjawab, "Wahai Hammah, berhasratlah terhadap kebaikan dan lakukanlah ia sebelum muncul penyesalan dan kerugian. Sesungguhnya aku telah membaca apa yang diturunkan Allah kepadaku bahawa tak seorang hamba pun yang bertaubat kepada Allah melainkan Allah akan menerima taubatnya. Kerana itu ambillah wudhuk dan bersujudlah dua kali".

Akupun terus melaksanakan apa yang diperintahkan kepadaku, ketika aku sedang sujud diserukan kepadaku, "Angkatlah kepalamu kerana taubat bagimu sudah turun dari langit”.

Maka akupun sentiasa bersujud kepada Allah.

Aku juga sempat bersama Nabi Hud bersama mereka yang beriman kepadanya, aku juga mencela caranya menyampaikan dakwah sehingga dia dan aku turut menangis. Aku seringkali bertemu nabi Ya’kub dan aku juga bertemu Yusuf di tempat orang- orang awam yang buta huruf. Aku bertemu Ilyas di lembah. Aku bertemu Musa bin Imran dan beliau mengajarkan Taurat kepadaku sambil berkata, "Jika engkau sempat bertemu Isa Putera Maryam, sampaikan salamku kepadanya".

Lalu ketika aku bertemu Isa aku sampaikan salam Musa kepadanya. Kemudian Isa berkata kepadaku, "Jika engkau bertemu Muhammad, sampaikan salamku kepadanya".

Setelah mendengar kisah tersebut, Rasulullah s.a.w. memandang kearah yang jauh, lalu menangis sambil bersabda, "Salam atas Isa selagi dunia masih ada dan salam atasmu wahai Hammah diatas amanah yang telah engkau sampaikan.”

“Wahai rasulullah, lakukanlah sepertimana yang dilakukan oleh Musa bin Imran kepadaku, beliau sudah mengajarkan ku Taurat.”

Maka Rasulullah s.a.w. membacakan kepadanya surah Al-Waqiah, Al-Mursalat, An-Naba’, At-Takwir dan Mu’ awwid-zatain serta Qulhuallahu ahad.

Kemudian baginda bersabda, “Sampaikan kepadaku apa keperluanmu wahai Hammah sebelum engkau meninggalkan kami”.

Umar berkata, "Lalu Rasulullah menghentikan kisahnya, sehingga aku tidak tahu adakah jin itu masih hidup atau sudah mati".

Sumber asal - http://www.sportmusang.com/2015/04/kisah-cicit-iblis-laknatullah-yang.html

March 19, 2015

Kisah Rasulullah S.A.W Dan Buah Limau


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.

Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan
“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. Wallahualam.
sumber asal : http://www.sportmusang.com/2015/03/kisah-rasulullah-saw-dan-buah-limau.html

February 21, 2015

Kisah Bekas Pendeta Masuk Islam

Kisah seorang pendeta mencari kebenaran..menceritakan pengalaman sebagai seorang pendeta yang mempunyai rakan-rakan pendeta penipu yang "menyifatkan asalkan orang percaya"..lalu mencari kebenaran dalam mencari Tuhan(Allah)

Berjaya membuatkan 4org masuk islam dengan melafazkan khalimah Ashadu An La ilaha illallah Wa Ashadu Anna Muhammadan Rasulullah
Saksikan....





November 1, 2014

Kisah Gadis Cantik Menyesal Berkahwin Dengan Ustaz



Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan lagi dia mahukan seorg suami yg 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat:

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.

Tak ada seorg pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.

"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Mcmana nak puasa setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.

Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?""Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"

pemuda tu selamba jawab, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Mcm mana ni?"

Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"Hakim tidak puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"
"Tak."Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab,
" Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.

Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"Pemuda itu sekali lagi senyum.
"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.

Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"

dia terus menyambung,"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu.Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas..

* amalan 3 ini bukan hanya dikhususkan kpd lelaki , perempuan juga boleh mendptkan nye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama..Subhanallah? Islam Itu Indah

Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan utk saya dan seluruh ummat beramal dgn nya... Baca tau Dgn Niat baik ..Bismillah hirahmannirahim innaka la minal mursalin a'la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun . Kita berbagi doa ke sesama muslim....

Sumber asal : http://hmetroo.blogspot.com/2014/09/kisah-gadis-cantik-menyesal-berkahwin.html

June 25, 2014

10 gangguan ketika solat



Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:
1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.
2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).
3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.
Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”
10) Terasa ingin buang angin atau buang air
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.
sumber asal : http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/06/21/10-gangguan-ketika-solat/

December 28, 2013

Repvblik - Sandiwara cinta Version Yang berlainan

Lagu ini begitu popular di Malaysia dan Indonesia hingga ramai yang
menyayikan walau di tepi2 jalan..sedapkan..saya pun suka dgr lirik2 dia yg bermakna yg dalam.
saya sediakan versi2 Instrumental dan lain2 sikit yang sedap dilayan...enjoy..lalala~~

1) Piano Cover



2) Acoustic Guitar Cover

 


3) Versi gila2 sikit...Remix



4) Versi Violin Cover



5) Versi Bahasa Dusun


Tips Melupakan Seseorang

Insan yg pernah hadir dan membuka hati kita dengan memberi penuh impian
memang sangat sukar untuk kita lupakan..lebih lagi bila kita meletakkan sepenuh harapan
kepadanya, tapi bila tiba saat itu..kita rasa semua harapan telah hilang dan musnah..boleh
jadi seperti tidak sanggup untuk teruskan hidup...kenapa??
sila semak tujuan hidup anda didunia ini?..bukankah kita diciptakan hanya untuk menyembah Allah SWT..

Dibawah cara-cara atau sedikit tips untuk kita lupakan si DIA..
Rawatan hati yg terluka..kui3...Insya-Allah

















Buang semua gambar (bakar lagi bagus)
Buang semua barang yg dia bg, tak pun bagi kat orang lain
Delete no telefon dia.
Delete email address.
Block facebook user

Elakkan bersendirian
Elakkan lakukan perkara yg pernah dilakukan dengan dia
Elekkan berada di tempat yg pernah berada dgn dia
maafkan diri sendiri kerana mengenali dia
maafkan dia kerana hadir dalam hidup

Doakan kejayaan dan kebahagiaan dia
Jangan dokan yg x baik sbb iblis suka lagi banyak doa yg x baik,
lagi kuat xboleh lupakan dia

Amalkan surah waddhuha hembus di tapak tangan
dan sapukan didada lepas solat niatkan agar hati tenang.
gembira dan lupakan dia...

Tukar ganti nama dia kalau dulu panggil dia "Abang"
tukar panggil dia dgn nama dia or panggil lah apa2pun..hehe

Yang paling penting
Hiduplah dengan melupakan sebarang kepedihan sebab dunia
terlalu singkat untuk di tangisi dan kegembiraan telalu banyak
boleh dimiliki jika kita mahukannya..

Bahagia itu pilihan anda..Terus bersedih juga pilihan anda..

Insya-Allah ok..(^^)

November 2, 2013

KISAH PEMUDA DAN SEBIJI EPAL

Seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebuah epal jatuh ke luar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat epal yang merah ranum itu, membuatkan Tsabit terliur. Lebih-lebih lagi cuaca sangat panas dan beliau sangat lapar dan dahaga.



Maka tanpa berfikir panjang, diambilnya buah itu dan dimakannya buah epal itu. Selepas dimakan separuh dari epal itu, barulah dia teringat bahawa buah epal itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin dari pemiliknya.

Maka dia segera pergi ke dalam kebun buah-buahan itu dengan maksud hendak menemui pemiliknya agar menghalalkan buah epal yang telah terlanjur dimakannya. Di kebun itu dia bertemu dengan seorang lelaki. Tsabit berkata, "Aku sudah makan separuh dari buah epal ini. Aku berharap kamu menghalalkannya". Orang itu menjawab, "Aku bukan pemilik kebun ini. Aku hanya khadamnya yang ditugaskan menjaga dan menguruskan kebunnya".


Dengan nada kesal Tsabit bertanya lagi, "Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan epal yang telah ku makan ini." Kata Pengurus kebun itu, "Jika kamu ingin kesana kamu harus menempuh perjalanan sehari semalam". Tsabit bin Ibrahim bertekad menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, "Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah saw sudah memperingatkan kita lewat sabdanya : "Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka."


Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, sampai disana dia terus mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membuka pintu, Tsabit memberi salam dengan sopan dan berkata, "Wahai tuan yang pemurah, saya sudah termakan separuh dari buah epal tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu sudikah tuan menghalalkan apa yang sudah saya makan itu?"


Lelaki tua itu mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata, "Tidak, aku tidak akan menghalalkannya kecuali dengan satu syarat." Tsabit khuatir dengan syarat itu kerana takut dia tidak dapat memenuhinya. Kemudian Tsabit bertanya, "Apa syarat itu tuan?"


Orang itu menjawab, "Engkau harus mengahwini puteriku!" Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata, "Adakah disebabkan aku makan separuh buah epalmu yang jatuh ke luar dari kebunmu, aku harus mengahwini puterimu?" Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Kemudian dia berkata, "Sebelum engkau bernikah, engkau harus tahu kekurangan-kekurangan puteriku itu. Dia seorang yang buta, bisu dan tuli. Lebih dari itu dia juga seorang gadis yang lumpuh !"


Tsabit amat terkejut dengan kata-kata pemilik kebun itu. Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia jadikan isteri, gara-gara ia memakan setengah buah epal yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu berkata lagi, "Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan!"


Tsabit kemudian berkata, "Aku akan menerima pinangannya dan perkahwinannya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah Rabbul 'Alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajipan-kewajipan dan hak-hak ku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meredhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta'ala".


Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi bagi pernikahan tersebut. Sesudah selesai perkahwinan, Tsabit dipersilakan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga.


Maka diapun mengucapkan salam, "Assalamu'alaikum."


Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini rasmi menjadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu, dia menghulurkan tangan untuk menyambut tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut huluran tangannya.


"Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika begitu ternyata, isteriku ini ternyata tidak tuli dan bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan menghulurkan tangan dengan mesra pula", kata Tsabit dalam hatinya.


Tsabit berfikir mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan kenyataan yang sebenarnya ?


Setelah Tsabit duduk disamping isterinya, dia bertanya, "Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa ?" Wanita itu kemudian berkata, "Benar kata Ayahku, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah". Tsabit bertanya lagi, "Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli. Mengapa?" Wanita itu menjawab, "Benar kata Ayahku, kerana aku tidak pernah ingin mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat redha Allah. Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?" tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya.


Kemudian wanita itu berkata, "Aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya mengunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta'ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kegusaran Allah Ta'ala".


Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan wanita yang akan memelihara dirinya dan melindungi hak-haknya sebagai suami dengan baik. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, "Ketika kulihat wajahnya... Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap".


Tsabit dan isterinya yang solehah dan cantik rupawan itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putera yang ilmunya memancarkan hikmah ke penjuru dunia.


Itulah Al Imam Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit.


  

September 30, 2013

Rahsia Surah AL-Kautsar




INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi


Sumber Asal - www.facebook.com